LAWATAN KERJA BAHAGIAN KESELAMATAN UTMKL KE JABATAN KESELAMATAN USIM

Nilai, 28 April 2015 – Program Community Engangement yang dilaksanakan oleh Bahagian Keselamatan Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL) telah berjaya membawa bahagian ini untuk mengadakan lawatan kerja ke Jabatan Keselamatan USIM. USIM merupakan Universiti Awam (UA) yang keempat dilawati oleh UTMKL di mana program ini dijalankan bagi menjalinkan ukhwah sesama kakitangan keselamatan di setiap UA.

Walaupun mengalami kerosakan bas sewaktu perjalanan ke USIM namun demikian ia tetap tidak mematahkan semangat staf Keselamatan UTMKL untuk meneruskan perjalanan. Kehadiran yang dijangka sampai pada jam 3.00 petang akhirnya tiba di Pejabat Keselamatan hampir pada jam 4.00 petang. Seramai 20 orang staf keselamatan bersama seorang Pegawai Keselamatan, Encik Mohd Faizal Abd Latif hadir bagi lawatan ini. Program diteruskan dengan sedikit taklimat pengenalan Jabatan Keselamatan USIM yang disampaikan oleh Pengarah Keselamatan, Kapten (B) Abdul Wahab Mat Zin.
Acara kemuncak program diteruskan dengan Perlawanan Bola Sepak Persahabatan di antara Staf Keselamatan USIM vs Staf Keselamatan UTMKL. Perlawanan dimeriahkan dengan sorakan dari pasukan masing-masing. Pasukan UTMKL yang dibarisi oleh pemain-pemain muda berjaya memberikan perlawanan sengit kepada Jabatan Keselamatan USIM yang akhirnya memberikan kemenangan kepada Pasukan UTMKL dengan 3 gol berbalas 1.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065