KEMPEN KESELAMATAN BALIK KAMPUNG SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1436H PERINGKAT USIM


13 JULAI 2015 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melancarkan Kempen Keselamatan Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidilfitri Peringkat USIM. Kempen yang diadakan bertempat di Lobi Utama, Bangunan Canselori ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Naib Canselor USIM yang diiringi oleh Y. Brs. Kapten (B) Abdul Wahab Mat Zin, Pengarah Keselamatan USIM.

Penganjuran kempen ini turut mendapat kerjasama daripada pihak Jabatan Keselamatan Jalan Raya Negeri Sembilan serta Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sembilan. Antara yang turut hadir semasa kempen berkenaan ialah Y. Bhg. Profesor Dr. Zulkiple Abd Ghani (Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Mustafa Mohd Hanefah (Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) dan ahli-ahli kakitangan SUKSIS USIM. Selain itu, yang turut menghadirkan diri ialah Y. Brs Puan Zaitun Iffah Hamid (Pengarah JKJR Negeri Sembilan) serta Y. Brs Tuan Rosilan Md Sari (Ketua Bahagian Penguatkuasa JPJ Negeri Sembilan).

Kempen ini bertujuan bagi memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pemandu berkenaan tahap keselamatan dan cara pemanduan kenderaan yang betul kepada warga USIM. Antara lain, turut diedarkan sama borang balik kampung untuk dimajukan kepada Balai Polis yang berdekatan dengan kediaman masing – masing. Ini bertujuan untuk Pihak PDRM mengetahui ketiadaan penghuni kediaman tersebut. Walaubagaimanapun, bagi staf yang berada disekitar Nilai, Pihak Keselamatan sedia mengumpul borang – borang tersebut bersama sebelum diserahkan ke Balai Polis Nilai.

 

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065