SESI PERJUMPAAN STAF BERSAMA PENGARAH KESELAMATAN

NILAI, 12 Dis 2015 – Bertempat di Pejabat Keselamatan Kampus Utama Nilai, telah berlangsungnya sesi perjumpaan Pengawal Keselamatan bersama Pengarah. Program yang berlangsung seawal jam 8.00 pagi itu telah dihadiri hampir 50 orang Pengawal Keselamatan di mana ia merupakan salah satu wadah penerangan dan komunikasi dua hala secara terus di antara pengurusan Jabatan dan juga staf.
Program dimulakan dengan acara kawad dan pemeriksaan perbarisan anggota oleh Pengarah sebelum diteruskan dengan sesi bergambar.
Dalam sesi perjumpaan staf bersama Pengarah Keselamatann, di antara perkara yang diterangkan dan dibincangkan adalah berhubung dengan bajet Jabatan dan amalan jimat cermat, larangan merokok dan penggunaan rokok elektronik serta vape di kawasan kampus berkuatkuasa pada 1 Januari 2016, kawalan kerja lebih masa, penjadualan anggota dan juga aspek-aspek tugas semasa.
Melalui perjumpaan yang diadakan pada setiap tahun ini, diharapkan ia dapat menjadi salah satu usaha jangka panjang dalam melahirkan staf yang setia dan berintegriti kepada USIM serta menghidupkan susana yang ceria antara staf dan juga pihak Pengurusan Jabatan. Selain itu, perjumpaan ini turut memberikan pendedahan kepada setiap staf berkaitan sikap dan tanggungjawab yang perlu ada dalam diri mereka di samping meningkatkan potensi diri bagi memajukan organisasi selaras dengan visi, misi dan objektif Universiti.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065