KUNJUNGAN HORMAT MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR (MPP) USIM KE JABATAN KESELAMATAN

NILAI, 16 Dis 2015 – Jabatan Keselamatan telah berbesar hati untuk menerima kunjungan hormat dari 13 orang ahli Majlis Perwakilan Pelajar USIM yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Keselamatan. Turut hadir, Pengarah Keselamatan, Penolong Pegawai Keselamatan dan juga Penyelia.
Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk memperkenalkan barisan baharu kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar. Kunjungan yang berlangsung hampir 2 jam ini juga dipenuhi dengan sesi penerangan dan juga soal jawab terutama berkaitan dengan aspek keselamatan pelajar. Di antara perkara yang dibangkitkan adalah berhubung dengan kawalan keselamatan pelajar yang menghuni di luar kawasan kampus, penguatkuasaan etika pakaian dan juga isu berkenaan kekangan parkir di dalam kawasan kampus.
Diharapkan hubungan kerjasama di antara Jabatan Keselamatan bersama Majlis Perwakilan Pelajar dapat diteruskan pada masa-masa mendatang dalam mengeratkan hubungan dua hala di antara kakitangan dan pelajar.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065