BENGKEL PENGURUSAN RISIKO JABATAN KESELAMATAN

Nilai 19 Nov 2015 – Jabatan Keselamatan telah mengadakan Bengkel Pengurusan Risiko pada 19 November hingga 20 November 2015 dan 30 November 2015 bertempat di Bilik Latihan & Seminar Jabatan Keselamatan. Bengkel ini melibatkan 25 orang staf Jabatan Keselamatan, seorang staf Bahagian Pengurusan Risiko dan Integriti, Jabatan Pendaftar, seorang staf Jabatan Undang-Undang dan juga Profesor Madya Hj. Mohd. Shoki Md. Ariff dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor sebagai fasilitator
Tujuan bengkel ini dijalankan adalah untuk memberi pengenalan kepada peserta berhubung cara melaksanakan dan menganalisis risiko keselamatan di Jabatan Keselamatan. Analisis risiko adalah sangat penting di dalam sesebuah organisasi atau jabatan di dalam mengenalpasti sebarang bentuk kelemahan yang menjurus kepada kelemahan keselamatan. Selain dari pembinaan format dan kerangka bagaimana untuk melaksanakan analisis risiko, perserta juga didedahkan dengan proses menganalisis risiko. Untuk memberikan kesan yang lebih mendalam dan kefahaman yang mantap kepada peserta, latihan praktikal juga telah dilakukan yang melibatkan bangunan Fakulti Sains Teknologi (FST).

 

 

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065