PROGRAM UJIAN SARINGAN AIR KENCING (URINE TEST)

NILAI, 26 Januari 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) sekali lagi telah bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi menganjurkan Program Saringan Ujian Air Kencing kepada staf di beberapa Pusat Tanggungjawab yang terpilih bagi fasa pertama pelaksanaan. Tujuan program ini diadakan adalah bagi memastikan tiada warga Universiti yang terlibat dengan gejala negatif serta menjadikan Universiti sebagai Kampus Bebas Dadah.
Di antara PTJ yang terlibat ialah Jabatan Keselamatan, Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti serta Pusat Teknologi Maklumat. Seramai hampir 192 orang staf di ketiga-tiga PTJ telah menjalani saringan ujian air kencing ini melibatkan 40 orang staf Jabatan Keselamatan, 61 orang di PTM dan 84 orang di JPPF. Program yang dijalankan serentak ke semua PTJ ini berjaya dijalankan dengan lancar dan mendapat kerjasama daripada semua pihak. Turut hadir adalah seramai 15 orang staf dari Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Seremban.
Program ini dirancang akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan penglibatan kepada PTJ-PTJ lain bagi menjadikan warga USIM bebas sepenuhnya dari gejala dadah yang boleh merosakkan.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065