PROGRAM SAMBUTAN PENUBUHAN JABATAN KESELAMATAN YANG KE-14 TAHUN

NILAI, 7 April 2016 – Sempena ulangtahun penubuhan Jabatan Keselamatan yang ke-14, satu program kerohanian telah diadakan oleh kakitangan Jabatan Keselamatan. Program ini diadakan bagi tujuan menyatukan tali silaturrahim di antara staf samping mengingatkan staf tentang tarikh penubuhan jabatan pada setiap tahun.
Semua staf mula berkumpul di Pejabat Keselamatan pada jam 6.30 petang dan majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti bacaan tahlil pada jam 7.30 petang. Usai bacaan tahlil, Pengarah Keselamatan memberi sedikit ucapan kepada semua staf yang hadir. Program diteruskan lagi dengan solat Isyak berjemaah bersama-sama dan diakhiri dengan jamuan makan malam dan upacara memotong kek oleh Pengarah.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065