UJIAN KELAYAKAN DAN TEMUDUGA KENAIKAN PANGKAT PENGAWAL KESELAMATAN KANAN KP14

NILAI, 26 Mei 2016 – Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah membuka peluang kenaikan pangkat bagi Kumpulan Pengurusan dan Profesional (P&P) serta Kumpulan Sokongan termasuk bagi kenaikan pangkat jawatan Pengawal Keselamatan Kanan (Gred KP14). Bagi kenaikan pangkat Pengawal Keselamatan Kanan (Gred KP 14), Bahagian Sumber Manusia (Unit HRMIS & Kenaikan Pangkat) telah menerima sebanyak 22 permohonan kenaikan pangkat dan setelah melalui proses saringan hanya 11 orang staf sahaja yang layak untuk ditemuduga melibatkan 3 orang staf wanita dan 8 orang staf lelaki.
Sesi pemilihan telah dijalankan pada 26 Mei 2016 (Khamis) bermula dengan ujian kawad kaki terhadap semua calon yang diadakan seawal jam 9.00 pagi dan tamat pada jam 12.30 tengah hari. Pada sebelah petang pula, sesi temuduga telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Keselamatan melibatkan 3 orang panel. Sesi temuduga bermula pada jam 2.30 petang sehingga 5.30 petang. Sesi pemilihan dan temuduga ini dijalankan bagi menguji keyakinan, kemahiran, kecekalan serta pengetahuan am staf yang terpilih.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065