JAMUAN BERBUKA PUASA JABATAN KESELAMATAN 1437H

29 JUN 2016 - Sempena kedatangan Bulan Ramadan yang mulia, Jabatan Keselamatan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa. Majlis yang dihadiri oleh staf-staf keselamatan ini bermula seawal jam 6.30 petang. Turut hadir ke majlis ini ialah Pengarah Keselamatan, Kapten (B) Abdul Wahab Mat Zin.
Majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Keselamatan ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan di antara kakitangan di samping menghargai jasa kakitangan yang bertugas demi menjaga keselamatan kampus di waktu Umat Islam yang lain sedang berbuka puasa di rumah dengan keluarga masing-masing.
Selain dari jamuan berbuka puasa, majlis turut diteruskan dengan Majlis Tahlil dan Solat Maghrib secara berjemaah yang dibawa oleh Encik Zakaria Kasa, Pembantu Keselamatan. Majlis ini berakhir pada jam 9.00 malam.

 

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065