PROGRAM GOTONG ROYONG INFAQ TENAGA DAN MASA

Jabatan Keselamatan USIM telah menganjurkan aktiviti infaq masa dan tenaga iaitu program gotong royong membersihkan kawasan perimeter sekeliling pagar USIM.Aktiviti telah dilaksanakan pada setiap hari rabu mulai Januari 2017 dan bulan Mac pada setiap hari selasa selepas waktu pejabat, dan akan diteruskan pada minggu-minggu berikutnya pada setiap hari selasa.
Tujuan utama program ini diadakan adalah untuk membersihkan kawasan pagar sempadan di mana sebelum ini terdapat pokok-pokok yang tinggi dan rimbun serta semak samun yang boleh menghalang pandangan serta menyukarkan pihak Jabatan Keselamatan untuk membuat rondaan perimeter di sekeliling pagar USIM bagi mengelakkan kejadian seperti pencerobohan kawasan.Program ini juga turut disertai oleh Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti USIM dan kakitangan USIM yang mempunyai kelapangan masa untuk bersama-sama menjayakan program gotong royong ini.Program ini turut dihadiri oleh Tuan Pengarah Keselamtan USIM Kapt (B) Abdul Wahab Mat Zin serta Tuan Pendatar USIM En Muhammad Haizuan Rozali.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065