LAWATAN KERJA USIM KE UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM) KAMPUS ALOR GAJAH DAN KURSUS PEMBENTUKAN ORGANISASI DAN SEMANGAT KERJA BERPASUKAN JABATAN KESELAMATAN

17 Ogos 2017 – Jabatan Keselamatan telah mengadakan 2 siri lawatan kerja dan Kursus Pembentukan Organisasi dan Semangat Kerja Berpasukan Jabatan Keselamatan
Siri pertama lawatan kerja adalah ke Unit Keselamatan, Univeristi Teknologi MARA (UiTM) Kampus Alor Gajah pada 9 Ogos 2017. Lawatan ini diketuai oleh Kapten (B) Abdul Wahab Mat Zin, Pengarah Jabatan Keselamatan bersama seorang Penolong Pegawai Keselamatan, seorang Pembantu Tadbir dan tiga puluh dua anggota Pengawal Keselamatan. Lawatan yang bermula pada jam 9.00 pagi telah berakhir pada jam 12.00 tengahari. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk melihat pelaksanaan tugas dan kawalan keselamatan di kampus tersebut serta berkongsi idea dan mendapatkan input terbaik bagi meningkatkan perkhidmatan keselamatan di universiti masing-masing.
Selepas lawatan berakhir, semua peserta telah berangkat ke D’Qunut Chalet, Kuala Linggi, Melaka dimana Kursus Pembentukan Organisasi dan Semangat Kerja Berpasukan Jabatan Keselamatan akan diadakan. Kursus ini dimulakan dengan slot pertama iaitu ‘ice-breaking’ ‘Kalau tidak dipecahkan sagu, manakan dapat ruyungnya’ dimana setiap peserta telah diberikan tiga kumpulan. Pada sebelah malamnya, slot kedua telah dimulakan oleh Pengarah Keselamatan dengan taklimat ‘Kerja First Class’. Selepas taklimat berakhir, slot ketiga iaitu ‘Slow Drop’ dimulakan dimana semua peserta dibawa ke dalam hutan dan dibiarkan bersendirian untuk beberapa jam. Aktiviti ini untuk memberi kenyakinan dalam diri peserta. Aktiviti tamat jam 12.00 malam dan bersambung pada keesokkan hari.
Aktiviti slot keempat dimulakan pada jam 9.00 pagi dimana semua peserta dilepaskan dalam kumpulan dan melalui beberapa halangan untuk memupuk semangat kerja berpasukan diantara peserta dan berakhir pada jam 12.00 tengahari. Selepas semua peserta selesai membersihkan diri dan makan tengahari, slot kelima yang terakhir iaitu sumbangsaran mengenalpasti masalah dan cadangan resolusi Jabatan Keselamatan diadakan. Tujuan slot ini adalah bagi mengenalpasti masalah dan kekurangan yang berlaku di dalam jabatan serta cadangan mengatasi serta jalan penyelesaian yang boleh diambil bagi kepentingan bersama. Kursus ini berakhir jam 2.30 petang.
Bagi peserta siri kedua pula, semua staf yang terdiri dari 44 orang peserta termasuk Pengarah Keselamatan bergerak untuk lawatan kerja di Universiti Teknikal Malaysia pada 16 Ogos 2017. Selain bertukar-tukar pandangan, staf juga dapat melihat cara kerja dan pengurusan operasi di Universiti berkenaan. Antara lain, semua staf juga dibawa mengelilingi sekitar kampus UTEM sebelum bergerak ke lokasi kursus yang sama seperti peserta siri pertama. Kursus tamat pada 17 ogos 2017 jam 2.30 petang.
                                                     

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065