Lawatan Kerja Sambil Belajar Dari Bahagian Keselamatan,UTHM,Johor Darul Takzim

NILAI- 14 JUL 2012: Bahagian Keselamatan USIM telah menerima kunjungan bagi lawatan sambil belajar dari Bahagian Keselamatan UTHM, Johor Darul Takzim..  Program yang berlangsung selama 3 hari ini telah diadakan bermula 12 sehingga 14 Julai 2012 dan terdiri dari 4 orang kakitangan. Anggota Keselamatan UTHM  turut diberi penerangan tentang pelaksanaan dan penugasan yang dijalankan di oleh Bahagian Keselamatan USIM. Antara lain, anggota Keselamatan UTHM turut dibawa membuat lawatan di sekitar kampus bagi melihat sendiri struktur penugasan yang dijalankan. Diharapkan menerusi program lawatan ini dapat memberikan kerjasama yang erat di anatara Bahagian Keselamatan UTHM dan Bahagian Keselamatan USIM di samping dapat bertukar-tukar maklumat bagi memantapkan Bahagian Keselamatan IPTA.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065