Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1435H/2013M

Putrajaya – 5 November 2013 : Bahagian Keselamatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai telah menyertai perhimpunan khas sempena Majlis Sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1435H yang diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Perhimpunan ini telah disertai oleh 30 orang kakitangan dari Bahagian Keselamatan yang mewakili Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kakitangan berkenaan telah bertolak ke PICC tepat jam 6.30 pagi. Majlis tersebut  telah disempurnakan oleh  Yang Dipertuan Agong,  Tunku Abdul Halim Mu’adzam Shah dengan tema “ Wasatiyah Tonggak Kesatuan Ummah ”.

Antara lain, majlis perhimpunan ini turut disertai seramai 4,500 orang (termasuk USIM) yang mewakili 100 kontinjen terdiri daripada kakitangan kerajaan, badan berkanun dan juga swasta. Perhimpunan ini bermula pada jam 9.30 pagi.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065