Misi Bantuan Banjir

KEMAMAN - 14 DIS: Bencana banjir yang berlaku di kawasan pantai timur terus mendapat perhatian dari semua warga Malaysia. Oleh yang demikian, bagi membantu meringankan beban mangsa yang terlibat, USIM telah menghantar wakil kakitangan dan pelajar ke kawasan-kawasan bencana. Bahagian Keselamatan dengan kerjasama Bahagian Hal Ehwal Pelajar telah bertolak pada 12 Disember 2013 yang terdiri seramai 40 orang staf ke Kg Ayer Putih, Kemaman Terengganu.

Pergerakan dari kampus bertolak pada jam 11 malam dan tiba ke Kemaman pada jam 5.00 pagi. Bantuan dimulakan dengan pembersihan Sek Keb Ayer Putih di mana asrama sekolah berkenaan juga menjadi tempat penginapan peserta yang terlibat. Selain sekolah, peserta juga turut membantu rumah kediaman mangsa banjir serta perpustakaan awam.

Antara lain, sumbangan yang diberikan oleh warga Universiti juga turut diedarkan dari rumah ke rumah bagi membantu mengurangkan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa. Misi yang berlangsung selama 2 hari ini sekurang-kurangnya diharap dapat memberi sedikit keceriaan di hati mangsa-mangsa banjir yang terlibat.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065