PENYERTAAN BAHAGIAN KESELAMATAN DI KONVENSYEN KIK UNIVERSITI

NILAI, 5 FEBRUARI 2014 – Buat julung kalinya Bahagian Keselamatan telah dipilih bagi menyertai Konvensyen KIK 2013 peringkat Universiti bagi mewakili Jabatan Pendaftar. Kumpulan ini telah menggunakan nama kumpulan myINOMIK bagi meneruskan kesinambungan penyertaan Jabatan Pendaftar yang terdahulu. Konvensyen yang telah diadakan bertempat di Dewan Kuliah Utama, Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah itu telah disertai oleh 6 buah kumpulan yang terdiri daripada Jabatan Perpustakaan, Jabatan Pendaftar, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang dan Pusat Tamhidi.

Hasil dari komitmen dan kerjasama berpasukan, Kumpulan myINOMIK yang  membawa tajuk masalah “Kesukaran Pengguna Membuat Semakan Saman Lalulintas” telah berjaya merangkul tempat ketiga dalam konvensyen berkenaan dengan membawa pulang sebuah trofi dan wang tunai sebanyak RM1,000.00. Johan telah dimonopoli oleh Jabatan Perpustakaan manakala Naib Johan dirangkul oleh Pusat Tamhidi.

 

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065