PERJUMPAAN NAIB CANSELOR DAN AHLI JKPU BERSAMA KAKITANGAN BAHAGIAN KESELAMATAN

 

NILAI-27 FEBRUARI 2014:  Naib Canselor USIM, Y.Bhg Profesor  Dato’ Dr Asma Ismail telah turun padang bersama ahli-ahli jawatankuasa pengurusan Universiti ke semua pejabat-pejabat pentadbiran dan fakulti bagi melihat sendiri peranan, perkembangan serta cabaran yang dihadapi oleh jabatan-jabatan yang berkenaan.

Justeru itu, pada 24 Februari 2014 yang lalu, Naib Canselor telah sudi untuk mengadakan perjumpaan dengan kakitangan Bahagian Keselamatan di Dewan Senat dengan dihadiri seramai 65 kakitangan, ahli jawatankuasa pengurusan universiti serta pegawai-pegawai kanan.

Perjumpaan berkenaan dimulakan dengan taklimat oleh Bahagian Keselamatan bagi menerangkan serba sedikit latar belakang dan peranan Bahagian Keselamatan. Pelbagai isu dan perkara telah dibincangkan semasa perjumpaan ini di antaranya berhubung bajet, kuasa yang digunakan oleh Pengawal Keselamatan, perjawatan serta isu-isu semasa.

Manakala, pada tarikh 26 Februari 2014, Naib Canselor meneruskan pula dengan sesi lawatan ke Pejabat Keselamatan.

 

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065