PERLAWANAN FUTSAL PERSAHABATAN BERSAMA JBPM, NILAI

NILAI - 7 MAC 2014 (Jumaat): Bagi mengeratkan hubungan dua hala dan kerjasama di antara Bahagian Keselamatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Balai Bomba dan Penyelamat, Nilai satu perlawanan futsal persahabatan telah diadakan bertempat di Kompleks Sukan, USIM baru-baru ini.

Sebelum perlawanan diteruskan, acara bermula dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderamata (pennant) sebagai kenang – kenangan dan tepat pada jam 6.00 petang berlangsungnya perlawanan futsal persahabatan tersebut.

Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan 6:5 dimenangi oleh pasukan Balai Bomba dan Penyelamat, Nilai. Perlawanan berlangsung hebat dengan kedua-dua pasukan saling membalas serangan dalam permainan yang agak seimbang.

Sebahagian anggota keluarga pasukan Balai Bomba dan Penyelamat, Nilai serta staf-staf di Bahagian Keselamatan turut hadir ke lokasi bagi memberikan semangat dan memeriahkan suasana program.


 

 

 

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065