MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN BAHAGIAN KESELAMATAN

29 April 2014 - Jabatan Keselamatan telah mengadakan majlis kesyukuran sempena ulang tahun penubuhan Bahagian Keselamatan bagi kali yang ke – 12 bertempat di Bilik Latihan, Jabatan Keselamatan. Persiapan majlis telah dilaksanakan bermula tengah hari dengan kerjasama semua staf di Pejabat Keselamatan.
Pada jam 6.30 petang semua staf mula berkumpul di Pejabat Keselamatan. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah disusuli bacaan Yassin dan tahlil serta solat Isya. Menjelang pukul 9.00 malam semua staf menikmati jamuan yang telah disediakan.
Selesai menikmati makanan, turut diadakan sesi perjumpaan bersama Pegawai Keselamatan Kanan. Kapten (B) Abdul Wahab Mat Zin, Pegawai Keselamatan Kanan telah meluangkan masa bersama – sama staf keselamatan bagi menerangkan fungsi Jabatan Keselamatan serta perkongsian maklumat terbaru bagi makluman staf. Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kepada staf yang baru melangsungkan perkahwinan dan menimang cahaya mata. Majlis bersurai pada jam 10.00 malam.

 

 

 

 

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065