USIM HARGAI KERJASAMA PEGAWAI PENGURUSAN KESELAMATAN, NEGERI SEMBILAN



Nilai, 18 Mac - Seramai 20 orang Delagasi daripada Agensi Pegawai Keselamatan Setempat seluruh Negeri Sembilan yang terdiri daripada PDRM, Bomba dan Penyelamat, RELA, Jawatankuasa Penduduk sekitar Taman Perumahan berhampiran USIM dan agensi keselamatan lain  telah menghadiri Makan Tengah Hari bersama Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti yang diketuai oleh Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Asma Ismail, Naib Canselor USIM yang diadakan di Lounge Eksekutif, Bangunan Canselori

Tujuan majlis diadakan adalah untuk merealisasikan hasrat murni USIM berhubung kerjasama yang dilaksanakan oleh agensi penguatkuasa keselamatan setempat dalam usaha pihak Universiti untuk merapatkan hubungan serta mengenali lebih rapat agensi keselamatan setempat yang telah banyak membantu pihak Universiti dalam menjaga keamanan dan keselamatan kampus selama ini.

Secara eksklusifnya USIM memulakan langkah strategik dengan membina reputasi sebagai IPTA yang sentiasa mempunyai hubungan dan kerjasama yang baik dalam semua agensi keselamatan yang berada di Negeri Sembilan. Jalinan kerjasama ini juga bakal membina hubungan baik dan kerjasama dalam pelbagai bidang yang berpotensi di masa hadapan.

“ Usaha untuk membendung jenayah tidak seharusnya diletakkan di atas bahu pihak Bahagian Keselamatan  semata-mata. Tetapi sebaliknya warga kampus dari pelbagai lapisan juga perlu turut sama mengambil peranan masing-masing dalam menjaga keamanan serta ketenteraman awam di kampus ini. Dalam soal menjaga keselamatan ini, kita semua perlu bermuafakat serta sentiasa peka dengan apa yang sedang berlaku di kawasan sekeliling kita. Warga Kampus tidak kira kakitangan dan pelajar perlu berganding bahu untuk menjadi mata dan telinga kepada pihak Bahagian Keselamatan dengan melaporkan setiap kejadian jenayah di tempat mereka” kata Y.Bhg. Prof. Dato’ Dr. Asma Ismail.

Badan Pelajar juga berperanan dalam membantu Bahagian Keselamatan untuk menjaga aspek keselamatan kampus. Ini boleh dilakukan menerusi kerjasama dengan pihak Bahagian Keselamatan untuk menganjurkan program-program kesedaran jenayah kepada warga kampus. Selain itu, agensi keselamatan setempat yang merupakan rakan keselamatan Universiti juga berperanan untuk menyampaikan maklumat-maklumat mengenai pelanggaran aspek keselamatan kepada warga kampus secara keseluruhannya. Dengan peranan yang dilaksanakan In Shaa Allah keselamatan dan keharmonian kampus dapat dijaga atau dipelihara dengan baik .

 

 

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065