PERLAWANAN PERSAHABATAN BOLA TAMPAR BERSAMA CLUB EOCM

NILAI – 20 Mei 2014 (Selasa) : Bagi mengeratkan hubungan dua hala dan kerjasama di antara Jabatan Keselamatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bersama Club EOCM (Geng Warikh) , Nilai satu perlawanan Bola Tampar persahabatan telah diadakan bertempat di Kompleks Sukan, USIM baru-baru ini.

Selepas perlawanan diteruskan pula acara dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderamata (pennant) sebagai kenang – kenangan dan tepat pada jam 10.00 malam sebagai tanda penghargaan.

Perlawanan yang berkesudahan dengan keputusan dimenangi oleh pasukan Jabatan Keselamatan Perlawanan berlangsung hebat dengan kedua-dua pasukan saling membalas serangan dalam permainan yang agak seimbang.
Sebahagian anggota Jabatan Keselamatan dan keluarga pasukan turut hadir ke lokasi bagi memberikan semangat dan memeriahkan suasana program.



 

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065