LAWATAN KERJA KE JABATAN KESELAMATAN, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

 

Serdang, 7 Mei 2014 (Rabu) – Jabatan Keselamatan, USIM telah mengadakan lawatan kerja ke Universiti Putra Malaysia (UPM). Uniknya lawatan ini tidak diadakan di Pejabat Keselamatan, UPM tetapi diadakan di Muzium Warisan Melayu milik Fakulti Pengajian Bahasa Moden, UPM. Kelainan yang diberikan pada sesi lawatan kali ini adalah cetusan idea dari Pengarah Keselamatan, UPM iaitu Yang Dihormati ACP Abdul Razak Abdul Ghafur di samping memperkenalkan adat dan warisan kaum Melayu serta menikmati suasana kampung.

Sehubungan itu, seramai 20 orang kakitangan Jabatan Keselamatan telah mengikuti lawatan tersebut. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penubuhan, pelaksanaan dan penugasan Polis Bantuan yang bakal diadakan di USIM kelak. Selain itu, adalah diharapkan menerusi program lawatan ini dapat memberikan kerjasama yang erat antara Jabatan Keselamatan, UPM dan Jabatan Keselamatan, USIM di samping dapat bertukar – tukar maklumat bagi memantapkan Bahagian / Jabatan Keselamatan IPTA.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065