USIM LAKSANAKAN KEMPEN ADVOKASI DAN KESELAMATAN JALAN RAYA BERSAMA JKJR NEGERI SEMBILAN

NILAI, 21 Mei 2014 – Seramai 40 orang kakitangan terdiri daripada Jabatan Keselamatan Jalan Raya Putrajaya dan Negeri Sembilan, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Agensi Anti Dadah Kebangsan Negeri Sembilan dan dibantu oleh Jabatan Keselamatan USIM melaksanakan Kempen Advokasi dan Keselamatan Jalan Raya tertumpu kepada pelajar dan komuniti masyarakat setempat dengan tumpuan program di jalan masuk dan keluar utama USIM .
Hasil program mendapati ramai penunggang motosikal tidak mempunyai lesen memandu serta tidak membayar cukai jalan atau mempunyai perlindungan insurans apabila memandu di jalan raya dan selain itu juga JKJR telah mengedarkan pelekat keselamatan jalan raya, risalah kempen keselamatan serta pertukaran topi kaledar secara percuma akan diadakan sepanjang program berlangsung
Penolong Pegawai Keselamatan, Jabatan Keselamatan USIM Encik Rozaimi Kamarudin berkata ramai pula antara pelajar tidak mematuhi peraturan jalan raya atau langkah-langkah keselamatan, beliau berkata ramai pengguna jalan raya lebih-lebih lagi pelajar yang menunggang motosikal tidak mengetahui bahaya memandu atau menunggang tanpa mematuhi peraturan jalan raya.
Majoriti pelajar USIM juga menunggang motosikal tetapi ramai antara mereka tidak menghiraukan peraturan yang diwujudkan. Beliau berharap kempen itu dapat menyedarkan pelajar untuk mematuhi peraturan jalan raya untuk melindungi diri dan orang lain dari bahaya kemalangan, khususnya yang membawa maut.
Beliau berharap dapat menyampaikan perasaan kebimbangan USIM dan JKJR khususnya terhadap pelajar yang menunggang dalam kampus supaya lebih berhati-hati ketika menunggang. Apa yang dilakukan adalah untuk mengajar pelajar supaya lebih berhati-hati, berwaspada dan mematuhi peraturan ketika menunggang motosikal.
Pendaftar USIM, Encik Muhammad Haizuan Rozali turut hadir menyampaikan cenderamata kepada semua agensi yang terlibat dan berharap cabaran dengan matlamat untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya di kampus dapat dicapai , Beliau Berharap JKJR , JPJ dan AADK Negeri sembilan dapat meneruskan lagi program menyeluruh seperti ini dengan kekerapan lebih meluas melibatkan pameran bergerak, kursus kesedaran bagi peringkat negeri, daerah, sekolah, agensi kerajaan, syarikat swasta serta komuniti setempat dalam usaha untuk menyedarkan khalayak tentang pentingnya memupuk budaya keselamatan di jalan raya. Turut hadir dalam menjayakan program yang dilaksanakan ialah Encik Saiful Azzri Hamzah, Pengarah JPJ Negeri Sembilan, Encik Azizuddin Yaakob, Penolong Pengarah JKJR Putrajaya, Puan Loo Soo Lian, Pemangku Pengarah JKJR Negeri Sembilan dan Cik Nur Atiqah Mohd Zahar Penolong Pegawai Anti Dadah Negeri Sembilan.

 

 

 

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065