KEMPEN KESELAMATAN BALIK KAMPUNG SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI 1435H

 

23 JULAI 2014 - Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah melancarkan Kempen Keselamatan Balik Kampung Sempena Hari Raya Aidilfitri. Kempen yang diadakan bertempat di Lobi Utama, Bangunan Canselori ini telah dirasmikan oleh Y. Bhg Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) yang menjalankan tugas Naib Canselor ketika itu.

Penganjuran kempen ini turut mendapat kerjasama darpadai pihak Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan serta Jabatan Keselamatan Jalan Raya. Antara yang turut hadir semasa kempen berkenaan ialah ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti, Supt. Abdullah Roning (Ketua Polis Daerah Nilai), Inspektor Mat Ghani Latef (Ketua Balai Polis Nilai), Tuan Badrul Hisham Mohd Noor (Ketua Balai Bomba Nilai), Encik Saiful Azzri Hamzah (Pengarah JPJ Negeri Sembilan) dan Puan Loo Soo Lain (menjalalankan tugas Pengarah JKJR Negeri Sembilan).

Kempen ini bertujuan bagi memberi kesedaran dan pengetahuan kepada pemandu berkenaan tahap keselamatan dan cara pemanduan kenderaan yang betul. Antara lain, turut diedarkan risalah-risalah yang berkaitan kepada warga Universiti yang bakal pulang beraya ke kampung halaman.

 

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065