JAMUAN BERBUKA PUASA JABATAN KESELAMATAN 1435H

 

24 JULAI 2014 - Sempena kedatangan bulan Ramadan yang mulia, Jabatan Keselamatan telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa. Majlis yang dihadiri oleh staf-staf keselamatan ini bermula seawal jam 7.00 petang. Turut hadir ke majlis ini ialah Pengarah Keselamatan, Kapten (B) Abdul Wahab Mat Zin.

Majlis ringkas yang diadakan di Pejabat Keselamatan ini bertujuan bagi mengeratkan hubungan antara kakitangan di samping menghargai jasa kakitangan yang bertugas demi menjaga keselamatan kampus di waktu umat Islam yang lain sedang berbuka puasa di rumah bersama keluarga masing-masing.

Selain dari jamuan berbuka puasa, majlis turut diteruskan dengan solat Maghrib, Isyak, dan Tarawih secara berjemaah yang diimamkan oleh Encik Ahmad Khalil Salot, Pengawal Keselamatan. Majlis ini berakhir pada jam 10.00 malam.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065