SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JABATAN KESELAMATAN 1435H

26 OGOS 2014 - Majlis Sambutan Hari Raya Aidlfitri anjuran Jabatan Keselamatan telah diadakan di Pejabat Keselamatan pada 26 Ogos 2014 yang lalu. Majlis yang julung kali dianjurkan sendiri oleh Jabatan Keselamatan ini bertujuan bagi berkongsi kemeriahan aidilfitri bersama staf serta keluarga staf.

Majlis ini bermula pada jam 8.00 malam. Setelah ucapan aluan juruacara majlis dan bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapan ringkas Pengarah Keselamatan. Setelah itu, majlis disambung dengan penyampaian cenderamata kepada staf keselamatan yang baru menimang cahayamata.

Pelbagai juadah telah disediakan sempena majlis ini. Keunikan majlis pada kali ini ialah semua juadah disediakan sendiri oleh staf Jabatan Keselamatan mengikut unit masing – masing. Antaranya, Unit Pentadbiran menyediakan laksa dan mee goreng, Unit Operasi menyediakan lemang dan rendang, Unit Rondaan menyediakan mee sup, Unit CCTV dan Kad Akses menyediakan nasi impit dan koktail, Unit Trafik dan Lalulintas pula menyediakan pelbagai jenis buah-buahan manakala air minuman disediakan oleh Unit Risikan dan Siasatan. Tidak ketinggalan juga wakil dari Pandan Indah yang turut hadir menyediakan aneka kuih muih serta nugget dan sosej.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065