SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KALI KE-57 PERINGKAT NEGERI SEMBILAN

 

31 OGOS 2014 - Setiap tahun pada 31 Ogos, Malaysia akan menyambut Hari Kemerdekaan bagi mengingati sejarah kemerdekaan negara. Pada tahun ini juga, seramai 35 orang staf dari Jabatan Keselamatan sebagai wakil kontinjen Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) turut menyertai perarakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 Peringkat Negeri Sembilan.

Sambutan yang diadakan bertempat di Padang Majlis Perbandaran Seremban (MPS) ini telah melibatkan 112 kontinjen pelbagai agensi termasuk USIM. Kesemua kontinjen telah berarak sejauh 1.2 km mengelilingi bandar Seremban.

Bertemakan ‘Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta’ sebagai tema Hari Kemerdekaan kali ini, diharapkan ianya dapat menyemai dan menanam perasaan cinta rakyat Malaysia terhadap negara.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065