KURSUS TRANSFORMASI DIRI DAN KERJA BERPASUKAN (TEAM BUILDING) JABATAN KESELAMATAN, SIRI 1/2014

Selangor – Jabatan Keselamatan telah mengadakan Kursus Transformasi Diri dan Kerja Berpasukan (Team Building) bagi memastikan setiap staf memenuhi Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA) iaitu menghadiri latihan 7 hari setahun.

Kursus ini telah diadakan pada 24 hingga 26 September 2014  yang lalu bertempat di Nur Lembah Pangsun Eco Resort, Hulu Perdek, Hulu Langat, Selangor. Seramai 35 orang staf telah mengikuti kursus ini. Antara aktiviti yang dijalankan semasa kursus tersebut ialah Pond Rafting, Treasure Hunt, Shooting Target, Engagement dan pembahagian kumpulan (World Cup, Titanic, Lost At The Sea, Twister), Penang Bridge serta Saham X dan Y.

Tujuan kursus ini dijalankan adalah sebagai usaha jangka panjang dalam melahirkan staf yang setia dan berintegriti kepada USIM. Selain itu, kursus ini turut memberikan pendedahan kepada setiap staf berkaitan sikap dan tanggungjawab yang perlu ada dalam diri mereka di samping meningkatkan potensi diri bagi memajukan organisasi selaras dengan visi, misi dan objektif Universiti.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065