MAJLIS PELANCARAN DAN PERASMIAN PAKAIAN SERAGAM BAHARU PENGAWAL KESELAMATAN DAN PELANCARAN KAD STAF BAHARU UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA

 

Nilai, 7 November 2014 – Bertempat di Dataran Canselori, Bangunan Canselori telah berlangsungnya Majlis Pelancaran dan Perasmian Pakaian Seragam Baharu Pengawal Keselamatan dan juga Pelancaran Kad Staf Baharu Universiti Sains Islam Malaysia, (USIM). Di antara tetamu jemputan yang turut hadir ialah Pengurusan Tertinggi Universiti, Pengarah Pusat Teknologi Maklumat serta pegawai – pegawai yang lain.
Perasmian Pakaian Seragam Baharu Pengawal Keselamatan dibuat sebagai memperkenalkan kepada Universiti berhubung dengan pelancaran pemakaian pakaian seragam baru staf Keselamatan yang telah diluluskan menerusi Mesyuarat JKPU Bil 5/2014 bertarikh 25 Februari 2014. Majlis dimulakan dengan pemeriksaan baris oleh Naib Canselor USIM, Y. Bhg. Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad yang diiringi oleh Pengarah Keselamatan, Kapten (B) Abdul Wahab Mat Zin.
Antara lain, di majlis yang sama, Jabatan Keselamatan dengan kerjasama Pusat Teknologi Maklumat dan Pusat Komunikasi Strategik (StraComm) juga telah melancarkan rekaan baru kad yang merangkumi kad staf dan kad pelajar. Rekaan baru kad staf juga telah diluluskan oleh Mesyuarat JKPU Bil 26/2014 bertarikh 29 Oktober 2014.
Acara diteruskan dengan gimik penyerahan kad oleh Y.Berusaha Tuan Pendaftar , Encik Muhammmad Haizuan Rozali kepada Y.Bhg. Profesor Dato’ Dr Musa Ahmad, Naib Canselor dan ahli – ahli JKPU. Selain itu, majlis ini turut dimeriahkan dengan demonstrasi kawalan keselamatan rusuhan oleh Pengawal Keselamatan.
                                                                     

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065