Seminar Unity Against Crime

 

Serdang, 23 Disember 2014 – Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan “Seminar Unity Against Crime” bertempat di Auditorium Fakulti Kejuruteraan, UPM. Program ini adalah hasil kerjasama pelajar – pelajar Siswazah Pembangunan Sumber Manusia, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Yayasan Pengaman Malaysia.
Staf dari Jabatan Keselamatan seramai 20 orang dan wakil dari pelajar iaitu JAKSA, kolej kediaman telah dijemput oleh pihak UPM untuk turut serta dalam seminar tersebut. Seminar yang bertemakan “Unity Against Crime” adalah bertujuan untuk memberi pencerahan dengan lebih mendalam kepada mahasiswa/siswi akan berleluasanya gejala jenayah.
Selain tu, program yang julung kali diadakan ini juga bertujuan untuk meningkatkan inisiatif yang proaktif ke arah pencegahan jenayah di kawasan komuniti, mengenal pasti teknik – teknik yang bersesuaian dalam mencegah jenayah dan membentuk kesedaran serta rasa tanggungjawab dalam kalangan masyarakat terhadap proses pencegahan jenayah.
Program ini dirasmikan oleh Y.Bhg. Tan Sri Datuk Lee Lam Thye, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia.
                                                               

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065