TEMUDUGA UJIAN KECERGASAN FIZIKAL PENGAWAL KESELAMATAN (KP11) SESI 1/2015

Nilai, 8 Januari 2015 – Jabatan Keselamatan, USIM telah melaksanakan Temuduga Ujian Kecergasan Fizikal Pengawal Keselamatan (KP11) bagi sesi 1/2015 yang dihadiri oleh 6 orang calon lelaki. Temuduga ini dijalankan seawal jam 8.00 pagi di Lobi Pejabat Jabatan Keselamatan.
Sehubungan itu, calon diuji dari segi pemeriksaan fizikal dan pancaindera yang merangkumi pemeriksaan ukuran badan (ketinggian, berat badan, body mass index (BMI), ukuran dada), pemeriksaan penglihatan (jarak penglihatan, pemeriksaan buta warna) dan pemeriksaan tubuh badan dan gaya berjalan (jari, tangan, kaki dan lain-lain berkeadaan baik serta kawad kaki).
Selain itu, calon juga diuji dari segi pemeriksaan kecergasan yang merangkumi bangkit tubi, tekan tubi dan ujian larian sejauh 2.5 kilometer di sekitar kawasan USIM dalam masa 15 minit untuk calon lelaki. Temuduga ujian kecergasan fizikal ini selesai pada jam 11.30 pagi.
                                                                     

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065