LAWATAN KERJA DARI BAHAGIAN KESELAMATAN, UiTM PERLIS

 

NILAI, 20 Mac 2015 – Jabatan Keselamatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menerima kunjungan dari Bahagian Keselamatan, UiTM Perlis seramai 33 orang bagi program lawatan sambil belajar. Program yang berlangsung selama tiga jam ini telah diadakan di Bilik Latihan, Jabatan Keselamatan.
Anggota Keselamatan UiTM Perlis diberi penerangan tentang pelaksanaan dan penugasan yang dijalankan oleh Jabatan Keselamatan, USIM. Selain itu, anggota Keselamatan UiTM Perlis turut dibawa membuat lawatan di sekitar kawasan kampus bagi melihat dengan lebih jelas mengenai struktur penugasan yang dijalankan.
Justeru itu, diharapkan menerusi program lawatan ini dapat memberikan kerjasama yang erat antara Bahagian Keselamatan, UiTM Perlis dan Jabatan Keselamatan , USIM di samping dapat bertukar – tukar maklumat demi memantapkan bahagian / jabatan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065