KURSUS TRANSFORMASI DIRI DAN KERJA BERPASUKAN (TEAM BUILDING) JABATAN KESELAMATAN, SIRI 1/2015

Perak – Jabatan Keselamatan telah mengadakan Kursus Transformasi Diri dan Kerja Berpasukan (Team Building) bagi memastikan setiap staf memenuhi Dasar Latihan Sumber Manusia Sektor Awam (DLSMSA) iaitu menghadiri latihan 7 hari setahun.
Kursus siri pertama bagi tahun 2015 ini telah diadakan pada 30 Mac hingga 1 April 2015 yang lalu bertempat di Hotel Grand Kampar, Perak Darul Ridzuan. Seramai 26 orang staf telah mengikuti kursus ini. Antara aktiviti yang dijalankan semasa kursus tersebut ialah Twister, Jurus Muhammad Ali, Bola Kasih Sayang, Saham X dan Y serta Water Rafting.
Tujuan kursus ini dijalankan adalah sebagai usaha jangka panjang dalam melahirkan staf yang setia dan berintegriti kepada USIM. Selain itu, kursus ini turut memberikan pendedahan kepada setiap staf berkaitan sikap dan tanggungjawab yang perlu ada dalam diri mereka di samping meningkatkan potensi diri bagi memajukan organisasi selaras dengan visi, misi dan objektif Universiti.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065