MAJLIS KESYUKURAN SEMPENA ULANG TAHUN PENUBUHAN JABATAN KESELAMATAN

10 April 2015 – Jabatan Keselamatan telah mengadakan majlis kesyukuran sempena ulang tahun penubuhan Jabatan Keselamatan kali yang ke-13 bertempat di Bilik Latihan. Persiapan majlis telah dilaksanakan bermula jam 4.00 petang dengan kerjasama semua staf di Pejabat Keselamatan.
Pada jam 6.30 petang semua staf mula berkumpul di Pejabat Keselamatan. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib secara berjemaah disusuli bacaan tahlil dan sesi perjumpaan bersama Pengarah Keselamatan. Kapten (B) Abdul Wahab Mat Zin telah meluangkan masa bersama – sama bagi menerangkan maklumat terkini untuk makluman semua staf.
Usai solat Isya, majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada staf yang baru melangsungkan perkahwinan dan menimang cahaya mata. Staf yang mengalami kemalangan dan kehilangan ahli keluarga turut diberi sumbangan.
Selain itu, terdapat juga sedikit sambutan perpisahan buat Cik Saidatun Nor Akhma binti Yaakub, Pembantu Tadbir (P/O) di Jabatan Keselamatan yang akan berpindah ke Jabatan Perkhidmatan Awam. Majlis pada malam tersebut diakhiri dengan jamuan makan malam dan bersurai pada jam 10.30 malam.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065