Soalan Lazim

1. Siapakah yang perlu saya hubungi sekiranya berlaku kecemasan?
Sekiranya berlaku kecemasan, tuan/ puan boleh menghubungi terus talian berikut:

a) Pejabat (Waktu Pejabat Sahaja) - 06-798 8065
b) Balai Pengawal (24 jam) - 06-798 8661
c) Bilik Kawalan CCTV (24 jam) - 06-798 8030
d) Unit Risikan dan Siasatan - 06-798 8067

2. Sekiranya saya ingin menggantung kain rentang, banting dan poster, adakah boleh ianya digantung di mana-mana yang difikirkan sesuai?

• Tidak, tuan / puan perlu mengisi borang permohonan penggantungan kain rentang, banting dan pemasangan poster serta perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Keselamatan terlebih dahulu. Pelekat kebenaran menampal banting/ banner akan dikeluarkan kepada pemohon bagi permohonan yang diluluskan.

• Sekiranya, Jabatan Keselamatan mendapati penggantungan berkenaan tidak mendapat kelulusan atau mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, kain rentang, banting dan poster berkenaan akan ditanggalkan dan diturunkan tanpa sebarang notis.

3. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya mengalami kerosakan atau kehilangan kad pengenalan kampus (Kad Staf / Kad Matrik/ Pas Pekerja Luar)?

Sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan kad, individu yang berkenaan perlulah hadir ke Jabatan Keselamatan untuk penggantian dengan membawa bersama borang yang boleh dimuat turun melalui system myDOcs atau didapati di Pejabat Keselamatan.

Bagi pekerja luar yang ingin memohon perlulah mendapatkan pengesahan Majikan dan perakuan dari pihak yang mengruskan seperti Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) sebelum diluluskan oleh Jabatan Keselamatan.

a) Denda bagi kehilangan adalah RM 20.00.
b) Bayaran bagi kerosakan RM 10.00.

4. Bilakah pelekat kenderaan perlu ditukar?

Pendaftaran kenderaan serta pertukaran pelekat kenderaan perlu dibuat bermula pada bulan Ogos (bagi staf) dan September (bagi pelajar) setiap tahun (Rujuk hebahan yang akan dikeluarkan). Namun demikian, bagi permohonan pelekat kenderaan pelajar, saudara/saudari perlu mendapatkan pengesahan dari Pusat Perumahan Pelajar atau Kolej Kediaman terlebih dahulu.

5. Bagaimanakah semakan saman lalulintas dan tatatertib boleh dibuat?

Saudara/ saudari boleh menyemak saman di modul saman di sistem i-access atau menghubungi talian 06-798 8073 untuk mendapatkan maklumat saman yang telah dikenakan.

6. Berapakah denda bagi kesalahan lalulintas dan kunci roda yang dikenakan?

Bagi setiap kesalahan lalulintas, denda yang dikenakan adalah sebanyak RM50 manakala RM30 bagi setiap kesalahan kunci roda.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065