Tips Keselamatan Peribadi

Sebarang musibah boleh dielak dengan memberi sedikit perhatian tentang keselamatan diri. Berikut adalah panduan-panduan yang boleh diikuti dalam keadaan-keadaan kecemasan: 

Kenderaan

» Sentiasa mematuhi had laju yang ditetapkan.
» Patuhi peraturan lalulintas.
» Jangan tinggalkan barang berharga didalam kereta ketika meletak kenderaan seperti:
               a. Laptop/ beg laptop
               b. Telefon bimbit
               c.  Beg duit
               d. Alat elektronik  seperti GPS
               e. Dan lain-lain barang berharga
» Pastikan kenderaan anda telah dikunci sebelum meninggalkan kenderaan anda.
» Jangan tinggalkan kenderaan anda ketika enjin dihidupkan ketika :
               a. Berbual dgn orang diluar kenderaan
               b. Pergi ke bank
               c. Pergi ke Pejabat Pos
               d. Dan sebagainya
» Jangan memberi tumpang orang yang tidak dikenali.
» Sentiasa memastikan tingkap kenderaan ditutup ketika membawa kenderaan atau meletak kenderaan.
» Tarik perhatian orang sekeliling ketika anda diragut dengan jeritan “tolong” “tolong” dan bunyikan hon berterusan serta nyalakan lampu kecemasan
   sekiranya anda menaiki kenderaan.
» Pasang kunci pendua.
» Jangan tinggalkan kunci didalam kenderaan.
» Periksa kunci kenderaan anda sebelum meninggalkan kenderaan.
» Letak kenderaan di tempat meletak kenderaan.
» Hubungi talian kecemasan utama Malaysia iaitu 999 atau talian kecemasan telefon bimbit iaitu 112 sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan /             
   jenayah / kemalangan / kebakaran dan lain-lain.

Di tempat kerja

»
Kunci pintu pejabat anda sekiranya ingin meninggalkan pejabat.
» Jangan benarkan orang luar/ tidak dikenali memasuki pejabat tanpa kebenaran/urusan.
» Sentiasa berwaspada terhadap kehadiran orang yang tidak dikenali didalam pejabat anda.
» Bersikap ambil tahu terhadap keadaan sekeliling di dalam pejabat anda.
» Tutup semua peralatan elektrik dan elektronik yang tidak digunakan ketika meninggalkan pejabat seperti:
            a. Komputer
            b. Alat pencetak
            c. Mesin fotostat
            d. Penghawa dingin
            e. Lampu
            f. Dan sebagainya
» Simpan fail-fail, rekod-rekod dan dokumen-dokumen di tempat selamat (peti besi, laci berkunci, bilik simpanan fail).
» Hubungi talian kecemasan utama Malaysia iaitu 999 atau talian kecemasan telefon bimbit iaitu 112 sekiranya berlaku sebarang kejadian kecemasan /             
   jenayah / kemalangan / kebakaran dan lain-lain.

Di kawasan kampus

» Sentiasa menjaga keselamatan diri sendiri.
» Jangan melanggarkan apa-apa jua peraturan Universiti.
» Jangan berjalan seorang diri pada waktu malam.

 Jabatan Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia, Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, MALAYSIA
Tel: +606-798 8068/8074, Faks: +606-798 6065