• Menguruskan pendaftaran pelekat kenderaan Universiti
  • Menguruskan pembayaran saman lalulintas jalan
  • Melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan jalan mengikut Peraturan-peraturan Lalulintas Jalan USIM 2007
  • Memastikan aliran pergerakan trafik dan lalulintas kampus berjalan dengan baik
  • Memastikan peraturan meletak kenderaan di tempat letak kenderaan dipatuhi
  • Pengiring kepada kenderaan VVIP/VIP/ Dif-Dif kenamaan semasa lawatan rasmi di USIM
  • Menyediakan tempat tempat letak VVIP/VIP pelawat rasmi Universiti semasa lawatan rasmi
  • Menyediakan penunjuk jalan/papan tanda bagi aktiviti/program Universiti
  • Menguruskan kes-kes kemalangan yang berlaku di dalam kampus dan menyediakan laporan kes kemalangan.
  • Mengendalikan khidmat kaunter Jabatan Keselamatan
  • Urusetia Mesyuarat Jabatan Keselamatan
  • Mengendalikan urusan sistem persuratan dan fail pentadbiran Jabatan Keselamatan
  • Menguruskan resit-resit bayaran hasil kutipan wang bayaran saman, pas pekerja dan pelekat kenderaan
  • Menguruskan perolehan serta pendaftaran aset dan inventori Jabatan Keselamatan
  • Menguruskan proses pelupusan aset/peralatan Jabatan Keselamatan
  • Menguruskan dan mengendalikan peruntukan panjar wang runcit Jabatan Keselamatan
  • Menyemak laporan penggunaan minyak bagi kenderaan Jabatan Keselamatan
  • Menyediakan dan menguruskan belanjawan Jabatan Keselamatan
  • Merancang keperluan dan kemudahan peralatan bagi tujuan operasi dan pentadbiran Jabatan Keselamatan
  • Merancang pembangunan logistik pada jangka masa panjang
  • Membuat audit keperluan / pergerakan aset Jabatan Keselamatan
  • Membuat pelupusan dan penambahan aset Jabatan Keselamatan
  • Membuat penambahan stok melalui sistem MyOasis
  • Memastikan keperluan peralatan adalah mencukupi
  • Membuat perolehan peruntukan bagi penyelenggaraan sistem Jabatan Keselamatan
  • Menerima dan membuat laporan terhadap kerosakan sistem yang berlaku
  • Sentiasa memastikan keupayaan pengoperasian sistem yang sedia ada
  • Memastikan keupayaan sistem relevan dengan keadaan semasa
  • Memastikan kerosakan terhadap sistem yang sedia ada dibaikpulih dengan kadar segera
  • Membuat pemantauan melalui CCTV  bagi keadaan di di sekitar kawasan parameter Universiti.
  • Membuat back-up rakaman secara berkala
  • Memantau aktiviti kakitangan/ pelajar /pelawat /pekerja di dalam kawasan Universiti menerusi CCTV
  • Memantau aktiviti-aktiviti dan program-program di dalam Universiti melalui CCTV
  • Membuat pemeriksaan terhadap imej kamera, sistem dan komponen peralatan CCTV berfungsi dengan baik serta menghantar laporan sekiranya ada kerosakan.
  • Semakan terhadap Aturan Tetapan (setting) sistem dilakukan secara berkala
  • Membuat pamasangan akses pada kad
  • Melaksanakan tugas rondaan dan pemeriksaan keselamatan seluruh kawasan kampus
  • Melaporkan sebarang bentuk kes kejadian semasa rondaan
  • Menahan dan memeriksa mana-mana kakitangan/ pelajar/ orang awam yang didapati mencurigakan di dalam kawasan kampus
  • Memberi bantuan dan kerjasama kepada kakitangan USIM yang lain
  • Membuat  laporan rondaan setelah selesai melakukan rondaan
  • Membuat rondaan pagar keselamatan bagi memastikan keadaan pagar dan kawasan persekitarannya dalam keadaan baik
  • Memastikan setiap kakitangan/ pelajar/ pelawat serta pekerja luar Universiti mematuhi apa-apa peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak Universiti
  • Memastikan setiap ‘check point’ rondaan  dilakukan mengikut masa
  • Merakam waktu dengan cara yang betul di setiap ‘check point’
  • Memeriksa serta menahan mana-mana orang awam/sesiapa yang didapati mencurigai yang cuba memasuki atau berada di dalam kawasan bangunan
  • Menahan dan menghalang mana-mana pelawat /orang awam yang tidak mempamerkan/ memakai  Kad/ Pas Pelawat
  • Membuat semakan setiap kali terdapat kunjungan / pelawat  sebelum memberikan kebenaran untuk berurusan
  • Melaksanakan rondaan bagi memastikan keselamatan bangunan dan kawasan selamat daripada penceroboh
  • Membuat pemeriksaan keselamatan ruang setelah semua kakitangan telah tamat tugas
    Bertindak sebagai pengawal pencegahan kebakaran jika berlaku kebakaran
  • Memastikan kawalan di pintu masuk sentiasa bersiap sedia dari ancaman luar
  • Membuat saringan/ tapisan pelawat yang ingin memasuki kampus
  • Membuat pemeriksaan secara rawak terhadap kenderaan yang keluar / masuk
  • Mendaftar keluar / masuk pelawat
  • Memeriksa serta menahan mana-mana orang awam / sesiapa yang didapati mencurigakan
  • Mendapatkan apa-apa maklumat yang berguna dari aspek keselamatan
  • Mengadakan hubungan baik dan bekerjasama dengan pihak Polis dan agensi kerajaan lain
  • Mengambil tindakan awal (menghalang) terhadap perkara yang boleh menggugat keselamatan kampus.
  • Menerima aduan dan menyiasat sesuatu kes yang dilaporkan kepada pihak keselamatan.
  • Mendapatkan maklumat awal mengenai sesuatu kegiatan/aktiviti yang akan dianjurkan dan menilai tahap keselamatanya.
  • Membuat intipan pada lokasi-lokasi tertentu yang mencurigakan dari aspek keselamatan dan perbuatan tidak bermoral
  • Membuat pemeriksaan berkala di tempat-tempat tugas pekerja luar yang berada di dalam kampus
  • Memastikan Pasukan Bertindak Kecemasan bersiap sedia apabila berlakunya kejadian bencana
  • Bertindak sebagai pasukan penyelamat terhadap kejadian bencana yang berlaku
  • Mengenalpasti punca awal sesuatu bencana yang akan berlaku
  • Menyiasat dan membuat laporan terhadap kes kejadian bencana
  • Merancang aktiviti kesedaran terhadap sesuatu kejadian bencana
  • Menyelia dan mentadbir operasi di Kampus Cawangan
  • Menjadi penghubung di antara pihak Pengurusan Keselamatan dan Ketua Jabatan Kampus Cawangan
  • Membuat kawalan keselamatan di Kampus Cawangan
  • Membuat pemeriksaan secara berkala/ rawak bagi penugasan kakitangan di Kampus Cawangan
  • Memastikan jalinan kerjasama yang baik di antara Bahagian Keselamatan dan Kampus Cawangan
  • Merancang program / aktiviti pembangunan prestasi tinggi Jabatan Keselamatan
  • Bertindak sebagai Urusetia / Penyelaras di dalam Jawatankuasa di bawah Jawatan Keselamatan
  • Bekerjasama dengan agensi luar bagi merancang pembangunan prestasi tinggi Jabatan Keselamatan
  • Merancang dan menyelaras kertas cadangan yang disediakan Jabatan Keselamatan
  • Memastikan fungsi dan peranan Jabatan Keselamatan relevan mengikut keadaan semasa
  • Merancang takwim latihan kakitangan
  • Bertindak sebagai Pegawai Latihan Jabatan Keselamatan
  • Merancang pembangunan modal insan kakitangan keselamatan
  • Memastikan kakitangan keselamatan memenuhi tahap pencapaian latihan
    bekerjasama bersama agensi luar di dalam pembangunan latihan