Soalan Lazim

/Soalan Lazim
Soalan Lazim 2019-01-12T06:44:04+00:00

Sekiranya berlaku kecemasan, tuan/puan boleh menghubungi terus talian berikut:
Pejabat (Waktu Pejabat Sahaja) – 06-798 8065
Balai Pengawal (24 jam) – 06-798 8661
Bilik Kawalan CCTV (24 jam) – 06-798 8030
Unit Risikan dan Siasatan – 06-798 8067

Tidak, tuan/puan perlu mengisi borang permohonan penggantungan kain rentang, banting dan pemasangan poster serta perlu mendapat kelulusan dari Jabatan Keselamatan terlebih dahulu. Pelekat kebenaran menampal banting/ banner akan dikeluarkan kepada pemohon bagi permohonan yang diluluskan.

Sekiranya, Jabatan Keselamatan mendapati penggantungan berkenaan tidak mendapat kelulusan atau mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, kain rentang, banting dan poster berkenaan akan ditanggalkan dan diturunkan tanpa sebarang notis.

Sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan kad, individu yang berkenaan perlulah hadir ke Jabatan Keselamatan untuk penggantian dengan membawa bersama borang yang boleh dimuat turun melalui system myDOcs atau didapati di Pejabat Keselamatan.

Bagi pekerja luar yang ingin memohon perlulah mendapatkan pengesahan Majikan dan perakuan dari pihak yang mengruskan seperti Jabatan Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (JPPF) sebelum diluluskan oleh Jabatan Keselamatan.
Denda bagi kehilangan adalah RM 20.00.
Bayaran bagi kerosakan RM 10.00.

Pendaftaran kenderaan serta pertukaran pelekat kenderaan perlu dibuat bermula pada bulan Ogos (bagi staf) dan September (bagi pelajar) setiap tahun (Rujuk hebahan yang akan dikeluarkan). Namun demikian, bagi permohonan pelekat kenderaan pelajar, saudara/saudari perlu mendapatkan pengesahan dari Pusat Perumahan Pelajar atau Kolej Kediaman terlebih dahulu.

Saudara/ saudari boleh menyemak saman di modul saman di sistem i-access atau menghubungi talian 06-798 8073 untuk mendapatkan maklumat saman yang telah dikenakan.

Bagi setiap kesalahan lalulintas, denda yang dikenakan adalah sebanyak RM50 manakala RM30 bagi setiap kesalahan kunci roda.