Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan Syabas dan Tahniah kepada Jawatankuasa Laman Web Jabatan Keselamatan diatas usaha dalam mewujudkan satu pendekatan komunikasi yang lebih berkesan dan pantas antara Jabatan Keselamatan dengan warga USIM melalui penggunaan Laman Web Jabatan Keselamatan.

Dengan adanya laman web ini, semua warga USIM akan dapat mengikuti segala perkembangan Jabatan Keselamatan dan dalam masa yang sama menggunakanya sebagai satu saluran yang lebih pantas untuk memberikan  pandangan dan sebagai satu pendekatan untuk mendapatkan maklumat secara terus berkaitan hal-hal keselamatan.

Saya percaya dengan adanya penyaluran maklumat secara dua  hala ini akan lebih memberikan manfaat dan maklumbalas yang lebih berkesan kepada Jabatan Keselamatan dalam mempertingkatkan khidmatnya secara terus kepada warga USIM.

Akhir kata, saya amat mengalu-alukan sebarang bentuk idea dan maklumat untuk di kongsikan bersama dengan seluruh warga USIM dalam mempertingkatkan komitmen dan Imej Jabatan Keselamatan kepada staf dan pelajar dan amnya USIM, Sekian terima kasih.

MOHD SHAHRUL NIZAM MOHAMED SHAMSUDDIN
Pengarah Keselamatan
Universiti Sains Islam Malaysia